Wednesday, October 20, 2010
20.10.2010
itu sahaja nak cerita..tuan badan blog ini agak sibuk..tarikh makin mendekatkan diri dengan tuan badan empunya blog..tapi takdelah sesibuk mana..cuma sibuk sikit dari tak sibuk mana..OK..STOP!..ayat dah macam ayat sanskrit..
adios amigo~
Thursday, October 7, 2010
Aku Tidak Suka dan Tidak Respek Orang-orang Macam ni!!
tetapi yang aku nak cerita ini pasal title entry kali ni la..lepas balik dari klinik..aku singgah kedai makcik aku semula, yelah nak hantar cousin aku tu..then, adalah beberapa customers situ dan salah sorangnya pakcik tua dalam lingkungan umur 60 dan rasanya..dah pergi haji..tapi mulut dia MASYAALLAH..entahla..aku rasa macam bengang dan bengong la pakcik ini..anak perempuan dia akan kahwin jugak tapi awal sehari dari aku..boleh plak masa aku nk gerak ke kereta tu..dia tunding-tunding jari kat aku..cakap lebih kurang mcm ni la:-
pakcik tua :"aku nak tanding mu ni nge anok aku" sambil mulut muncung-muncung n jari tunding-tunding arah aku..
aku: "tanding?"
pakcik tua : "tanding sapo buncit (pregnant) dulu..nok tengok bako (baka=keturunan) mung ko bako aku hok molek (bagus)..hahaha (gelak-gelak tak hengat donia!)" yang ni dia tujukan ke mak aku dengan aku-aku sekali la lepas tu gelak-gelak..
aku: senyum je sambil pandang mak aku..dan beberapa customers yang lain..then aku terus blahhh!!
dalam hati aku..dahla title tu haji dah..dahlah tadi duk hisap rokok..dahlah tak pakai baju..pakai kain pelikat jer..mulut plak huduh, suka cakap yang bukan-bukan..tapi tu semua aku cakap dalam hati aku jelah..ni yang buat aku hilang respect dan hormat tabik spring kat orang-orang tua yang mcm pakcik tulah..macam dia!!..aku memang tak suka pakcik ni!!..aku benci dia..menyampah..dulu masa awal-awal mak aku bagitau saudara mara dan kawan-kawan mak aku yang nak kahwinkan aku bulan 11 time raya haji ni..dia jugak yang sibuk-sibuk duk cakap..orang tak buat majlis time bulan 11..time musim hujan..musin tengkujuh..tup-tup anak dia ada orang nak masuk merisik bulan raya baru ni..dan terus nak menikah raya haji..takde plak dia nk tunda-tunda..buat tahun depan ke..senyap je..takde plak mak aku nak bidas-bidas balik kata-kata dia..huh! huh! huh lagi sekali!
Wednesday, October 6, 2010
Saya Menjemput~
bakal menge'pos' dalam minggu depan atau minggu lagi satu kepada kawan-kawan..
ada yang kata awal aku letak kat ni di facebook (aku sudah create event dan menjemput diorang)..tapi ada yang suruh aku buat awal-awal..sebab senang nak budget berapa ramai yang nak datang..dan yang jauh-jauh boleh plan nak datang atau nak apply cuti..kui3..
datang jangan tak datang!..
sekian......
Hentikan!!!
tapi tu gambar perempuan bertudung..kalau perempuan tak bertudung pula macam mana?..huhu..kadang-kadang terpikir..syukurla aku ni berbadan besor-besor montel gebu gitu..tak seksi..haha..agak-agaknya kalau badan seksi..slim melim..takut-takut iman tak kukuh..dahlah iman ni nipis..rapuh plak..ish..ish..nanti terpengaruh..huhu..takutnya..berdoa dan mintak dijauhkan..sumber gambar dari sini ->http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1382740261154&set=a.1205039738752.28243.1611408708&pid=910245&id=1611408708&ref=nf
Monday, October 4, 2010
PoLiGaMi...
baca..baca..baca..bca..dan terus baca..baca dari mula sampai habis..baca juga komen-komen yang diberi dari mula sampai habis..aku malas nak copy dan paste..nak baca jugak..sila klik kat link bawah entri ini ya kawan-kawan..
...bercakap pasal poligami..perempuan a.k.a isteri yang sanggup dan rela,yang pasrah tapi redha suaminya berkahwin lagi satu, maka aku pernah terbaca satu artikel, pernah dengar satu ceramah, pernah dengar juga orang-orang bercakap, pernah juga dengar dari satu drama tv..yang perempuan itu nanti di akhirat akan merasalah untuk mendapat payung emas..betapa mulia dan tinggi darjatnya payung emas itu..hanya orang-orang yang akan mendapatnyala yang akan tau macam mana rasanya dapat payung emas itu...
berbalik pada artikel rusia perlu poligami tu..bukan rakyat rusia saja yang lebih ramai perempuan dari lelaki..tetapi kat malaysia pon dah boleh nampak..tak perlu pergi negara lain jauh-jauh..malaysia pon lebih ramai perempuan dari lelaki..dan itu adalah..salah satu tanda akhir zaman kan..ala..ramai dah tahu ni..tapi setakat tahu ajalah kan..bukan nak rasa gerun pun ata insaf ke..takut kah..yelah..gerun la..bila pikir akhir zaman..mesti pikir, amal ibadat kita dah cukup kah wei..tak payah cakap orang la..aku cakap kat diri aku sendiri la ni.
teringat satu malam tu..ada borak-borak dengan cousin aku..pasal poligami..pasal kenapa lelaki senang atau peluang dalam satu-satu temuduga untuk minta kerja lebih tinggi..dan kenapa lelaki makin kurang..(well..as muslim..of coz la kita akan tahu ini semua percaturan ILAHI kan..) cuma saja nak bagi teori sendiri-sendiri buat...kenapa lelaki kurang..dan perempuan lebih ramai..
teori cousin aku bagi sebab lelaki makin kurang macam ni:-
1.lelaki makin ramai yang pilih untuk jadi gay..bila gay..diorang cari sama jantina dia yakni lelaki a.k.a jantan..jadi perempuan akan berlebih-lebihan disitu..perempuan yang jadi pengkid pon ada jugak..cari perempuan tapi macam tak ramai..
2.lelaki ramai yang jadi pondan, mak nyah, bapuk..bila dah macam tu..yang diorang cari pon lelaki jugak..mana cari perempuan kan..lebih ramai lagilah perempuan
3.yang hisap2 dadah pon ramai lelaki..tak cakap la pompuan takde yang buat..ada jugak..tapi lebih ramai lelaki..jadi bila ramai hisap dadah..kena HIV...pendek umur..mati..kalau tak pun..masuk pusat sehenti..atau hospital..atau masuk penjara..dah kurang dah lelaki tu..abes..macam mana perempuan nak cari calon suami nak kahwin awal..lelaki dah makin sikit..huhu..
4.yang masuk penjara pon statistik merekodkan..lagi ramai lelaki yang menghuni sana dari perempuan..jadi..bila dah ramai lelaki masuk sana sebab jenayah ringan ke..berat ker..mesti ramai perempuan yang berlebih2an di luar sini..da perempuan yang ada ini..bukan tak nak kawin..tapi dah lelaki kurang..yang ada pula dah jadi suami org lain..
jadi..sebab ramai perempuan..lelaki kurang..sebab itu ada poligami..itupon ramai yang tak menyokong..as perempuan..memang takleh nak menghalang..sebab ia salah satu syariat..tapi tidak pula kata nak menerima..huhu..sebab tak sanggup nak berkongsi kasih..tapi kalau terkena batang hidung sendiri..tak tahulah nanti macam mana..
isu didapati dari http://www.isuhangat.net/2010/09/rakyat-russia-memerlukan-poligami/
Wednesday, September 29, 2010
Lu PiKiRLa SeNDiRi..!
Wanita: " zaiton (bukan nama sebenar)..kalau ko ditakdirkan jodoh dengan seorang imam muda kampung..macam mana?..kalau imam muda tu dah lama syok kat ko dan nak masuk meminang ko? ko terima tak?"..
Gadis: "napa?..oo..terima ajelah kalau tiada calon lagi atau bukan hak siapa-siapa lagi..apa pasal?"
Wanita: "takdela..aku tanya aje kat ko..sebab tadi kat kedai..adalah diorang-diorang duk borak-borak..aku dengar..anak makcik' tuut' kat hujung kampung tu..kan anak dara dia cantik..lulusan universiti..baru abes master aritu, ada orang masuk minang..katanya yang masuk meminang tu imam ke ustaz baru balik mesir..baru aje dapat jawatan imam tu..lepas tu adalah yang menyampuk..kata lekehnya..imam je..orang nakla menantu doktor ke..jurutera ke..pilot ke..arkitek ke..polis pakat inspektor pon jadi la..paling komen carilah pensyarah ke cikgu pon boleh lagi..imam..berapa sen sangatla gaji.. sambung orang yang menyampuk tu..kalau imam berapa sen je gaji..boleh ke nak tampung hidup nanti..boleh tu boleh la kut..tapi takleh nak mewah-mewah sangat la jawabnya..aku yang dengar ni setakat dengar jelah..malas nak meyampuk apa dia cakap.."
Gadis: "huhu..siapa yang cakap gitu tu..nilah akibatnya..bila pikir dunia lebih dari akhirat..dia tak sedar..kalau imam ke ustaz ke..sah-sah kita tahu bab-bab agama dia lebih..boleh bimbing kita..yang penting tak mewah dunia pon takpe..asal mewah di akhirat..ke gane?..di dunia tak mewah pon takpe..tapi jangan la sampai tahap daif..sebab bila daif..susah jugak..at least cukup makan pakai jadilah kan.."
PERINGATAN untuk diri aku sendiri---> bila hidup dengan kurang agama, jadilah macam makcik menyampuk kat atas, yang lebihkan dunia..sedangkan kita semua pon tahu..even agama lain pon tahu..dunia ini tidak kekal..dan setiap orang akan mati..kalau dah mati..takdelah nak bawa semua harta-harta tu masuk kubur sekali..yang kita bawa hanyalah amalan dan ibadat kita semasa ALLAH bagi kita peluang hidup atas dunia ini.
Tuesday, September 28, 2010
PRe-MaJLiS uPDaTe 2
....dimulakan dengan bismillah..disudahi dengan Alhamdulillah...begitulah sehari dalam hidup kita..hehe..asah tekak sikit..lala~menangis Raihan dengar ni..
yer..tersasar dari topik..well..mukadimah mestilah ada..
balik pada topik kita..wah..macam fazley dalam bicara siswa la pula..ok..STOP!..
kawan teman yang dah selamat mendirikan rumahtangga bagi nasihat suruh buat checklist senarai2 kerja kahwin ni..well..i ikut la sama buat..tapi i buat sebelum dia bagi nasihat lagi..hehe..
meh tengok apa senarai-senarainya? :-
Satu. barang-barang hantaran seperti blablablabla..settle..tinggal lagi kasut pengantin lelaki rasanya dan buah-buahan..cokelat..pulut kuning..dan..dan..eh..bukan settle namanya ni..banyak lagi ni..ok..siap dalam 85% kut..
2.kad kahwin dalam proses..sudah tempah..orang yang men'design'nya sedang buat la kut sekarang ni..huhu..
3.baju nikah teman...hantar before puasa..sampai sekarang tak siap-siap lagi..lama gila..yang baju nikah lelaki dah lama dah siap..maklumlah baju melayu je pon..tiada sulam-sulam bagai...tapi..tapi..tapi..baju aku pon bukan ada sulam ponnnnnn!..jahit kurung moden ajela..nanti esok nak pergi sekodeng kedai tailor la..depan rumah je..
4.paperbag+doorgift (ore kelate panggil siso)-settle..
5.bunga telur untuk cucuk atas pulut kuning dan letak dalam paperbag doorgift-settle..
6..em..apa lagi yer...oo..deko-deko pelamin+bilik tidur..meja makan beradab - tempah dengan cousin je..murah sikit..hehe..cousin tanya nak berapa set persalinan?..yang package asal kasi 2 pasang saja (untuk belah perempuan sahaja)..tapi cousin kan..ambil lebihla berapa-berapa pon ikut kerajinan teman nak bersalin..dan rasa-rasanya aku ni pemalas nak bersalin-salin..mungkin 7 or 8 kut..haha..tipu!..3 aja kut..itupun rasa macam malas lagi..ntah-ntah dua ajelah.
7...lagi...cincin nikah..well, encik bakal suami kata mak dia yang nak beli...so..aku tengok masa akad nikah jelah nanti.
8.em..em..pikir apa lagi..ooo..borang nikah..test HIV..encik bakal suami sudah buat semua..aku?..satu pun belum buat..bila nak buat ni yer..tunggu kereta kat bengkel siapla..abes..nak pergi klinik dengan apa?..jalan kaki?..gila slim la nanti aku..tinggal rangka <---agak hiperbola disitu.
9. gambar pasport untuk buat kad kahwin pintar ala-ala mcm mykad tapi warna green..tapi pengantin lelaki kena ambil gambar pakai songkok..tok imam kampung dan pejabat agama islam daerah kampung aku ni nak macam tu..wokeh..sudah cakap sama encik bakal suami..tapi dia belum buat lagi..aku?..mestilah pakai tudung kan..sudah ada lama dah..sebelum-sebelum kenal encik bakal suami lagi..kui3..
ok..setakat ni..itu yang mampu teman listkan..kalau ada yang tertinggal..update lain entry yer..adios!..
choop!..sebelum itu..sedikit selingan..gambar di bawah ni pengantin lelaki asal perak dan pengantin perempuan asal terengganu, dua-dua kawan sekelas aku masa kat universiti di melaka..kahwin pada 14/2/2010..dan akan dapat cahaya mata bulan 11/2010..ok..sangat produktif!..dan..dan..dan..aku pergi kahwin korang..tapi korang plak memang konfem takleh datang wedding aku...saja je tau!
adili dan ayudisudah dengan Alhamdulillah...wassalam~
Friday, September 24, 2010
3.50 PaGi..
agaknya dah habis bercakap..dengar mak aku buka pintu bilik..pergi ketuk bilik atuk aku plak..dengan gaya terpisat-pisat, atuk aku..dah..dah..mak aku ceritalah kat atuk aku..terkejut atuk aku..dengar lagi mak aku cerita..boleh tahan kuat suara mak aku ni..pakai volume paling high ke apa?..mak cerita..rupa-rupanya arwah mengadu sesak nafas malam tu..dalam area pukul 10 malam..bawa pergi hospital..terus masuk ICU..dan pakcik aku yang menetap kat Johor tu dah terus bertolak balik malam tadi lagi..patutla masa call cakap dah ada kat kelantan..kat rumah sana..baru sudah bawa balik jenazah dari hospital..arwah hembus nafas terakhir tepat jam 2.00 pagi..hari jumaat..
...selepas itu...start dari mak aku cerita..atuk aku punya mengucap..berzikir..bermonolog dari pkul 4 ++ pagi tu sampaila ke subuh..well..aku tahu kenapa atuk aku terkejut..dan macam dia sedikit sedih..sebab mereka berdua tu bergaduh..besan bergaduh..sebab apa?..
sorang ahli 'pasukan hijau' dan sorang lagi ahli 'pasukan biru'..mereka pernah berdiskusi..lepas tu adalah salah sorang terlepas cakap..salah faham..salah bincang ke apa ntah..jadi gaduh..dasyat ok gaduh mereka..tapi atuk aku dah pon mintak maaf masa arwah dah kena admitted kat wad satu hari dulu..dan beberapa hari lepas..atuk aku terserempak dengan arwah..atuk aku apa lagi melambai-lambai gaya diva kut...tu yang buatkan arwah tidak berhenti untuk bersua muka..tetapi arwah memang seorang yang baik..walaupon bukan sedara dengan aku dan mak..dan dengan arwah abah aku dulu pon dia baik juga..ok..semoga roh arwah dicucuri rahmat..seperti hujan rahmat yang turun ketika aku taip this entry..
emm..seperti mengerti perasaan ahli keluarga..dan setelah dari bulan puasa hingga raya..hujan tidak pernah turun di kampung aku ni ye namun hujan turun hari ni walaupon renyai-renyai sahaja dan jenazah dikebumikan hari ini..AL-FATIHAH untuk arwah! (kampung ku dan kampung arwah bersebelahan..tetapi tetap kubur yang sama)..
*******dasyat kan politik ni..ish..ish..
Thursday, September 23, 2010
PRe-MaJLiS uPDaTe 1
mula-mula..bila aku terfikir pasal nak kahwin ni..aku akan rasa macam tak percaya..eh! tak sampai 2 bulan pun lagi yer? rasa tidak sabar..so, mood happy akan berlangsung ketika itu..tetapi..tengah-tengah tidak percaya tu..aku akan rasa takut tiba-tiba..rasa risau..rasa berdebar..rasa gemuruh..lagi..ala..macam rama-rama terbang dalam perut orang putih kata tapi aku dah translate..rasa macam tulah..macam esok nak kena present projek akhir universiti atau nak pergi temuduga kerja kat company besar-besar..huhu..lepas risau+takut menguasai diri..emosi sedih pula melanda..dah macam cuaca plak kan..panas-mendung-hujan...bila dah sedih..of course la air mataku keluar..
seorang lelaki yang sudah bergelar suami ada bagitau padaku..perubahan hormon la ni berlaku kat aku..hormon emosi?..kata dia dulu...dia takde rasa apa-apa..tapi lebih kepada tension..sebab mana nak cekau duit nak buat majlis..huhu..ok..itu rasa lelaki...rasa perempuan?..ada kawan aku kata..memang ada rasa tak percaya tetapi lebih kepada excited..emm..ok..
apa aku rasa masa taip entry ni?..aku sedang berdebar ok!..rasa jantung mahu luruh ke perut!
ok...tema majlis teman..gold+green..macam songket ni..nak pakai macam ni..hehe..mak andam teman..sila carikan satu untuk teman..boleh?..pic = hasil googelan..
KaWaN BaiK..emm
masuk sekolah menegah 1,2,3 pula takde kawan baik..kawan baik je lagi ngn kawan2 baik sekolah rendah dulu sebab rumah dekat2..tapi sekolah dah lain2..jumpa petang2 atau ujung minggu..tingkatan 4 pula masuk asrama, dah tak jumpa kawan2 baik kat rumah sebab memang dah jarang sangat2 jumpa..bila balik dari asrama..banyak duduk rumah aje..tak jalan2 rumah kawan2..diorang pon tak datang ke rumah..dah 'lost' kwn baik atau 'geng' mungkin nama yg sesuai..
kat asrama..aku dapat mrsm kota putra..mungkin start dari sini aku kenal erti kawal baik yang sebenar..mungkin ya mungkin tak..emm..tapi kat sini memang sangat seronok..enjoy..dan aku terlibat dengan banyak aktiviti..wakil untuk bertanding satu program sampai dapat juara di peringkat kebangsaan..YEEEH!!..stop berlagak!.
bila masuk matrikulasi..sangat tak suka..tapi nasib baik..kawan yang baik dan rapat dengan aku masa kat mrsm dapat matrik yang sama..bilik plak dapat sebelah-menyebelah..best disitu..beza course ajela tapi.
habis 1 tahun..dapat universiti kat melaka ni..mula2 tak seronok..tapi lama2 dan smpai sekarang masih terbayang seronok tu dan dapat ramai kawan baik..kawan kelas dapatlah 2,3 orang kawan baik..sampai sekarang..kawan asal2 satu dorm sampaila ke rumah sewa masih orang yang sama..dapat kawan baik jugak disitu..
jadi dari mula-mula jejak kaki ke sekolah sampai tamat belajar dan kerja..aku dapat ramai kawan baik..tapi ape maksud kawan baik yer?..kawan yang baik..kawan yang rapat..kawan masa senang dan susah..atau kawan salah satu?..kawan mengumpat?..
di sini..aku terpikir..siapa actually kawan baik aku..sebabnya kebanyakkan mereka yang baik dengan aku, kawan yang sudi kongsi suka duka dgn aku..aku akan anggap dia as 'kawan baik'...dan bila bekerja..rapat dengan kawan office tapi boleh kah kawan office jadi kawan baik?..emm..


