Wednesday, August 25, 2010

Mandi wajib anda sah atau tak? Friday 13th?

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam. “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


sumber di dapati dari sini : http://www.facebook.com/note.php?note_id=424856284818&id=755313270

Tuesday, August 17, 2010

RaSa NaK LeMPaNG!!

6 Ramadhan = 16 Ogos
-----------------------

si R pergilah anta kain pasang kat rumah tailor kat area2 rumah dia jugak..sampai je kat rumah tu..si tailor tu tgh menjahitlah..byk baju org tempah..ade sorg tu smpai 9 pasang baju dia sorang..ish...ish...ish..

then R sambil2 tu borak2 la smbil tengok2 kain2 yg dihantar customers..smbil selak2 kain..bunyi motor berhenti depan rumah tailor..si R tengoklah jam..dlm pkul 1.10 tgh hari gitu..

bunyi enjin motor dh berhenti..bukak pintu..anak lelaki tailor dinamakan B balik keje..umur dlm awal 20an..masuk2 rumah..si B terus masuk bilik..salin pakaian..terus gi dapur..maybe pergi toilet..pikir si R dlm hati..tiba2 ...

"mak oii...apesal tak masak????...lapar la..org balik keje sbb nak makan..org penat2 keje..bukannya nk masak..tak guna balik kalu tak masak ni..eyyy.." (sambil menjerit2 kat dapur..dgr pinggan2/periuk2 ditendang atau disepak2..dihentak..dilenyek tak tahulah..)..

2,3 minit bunyi bising gitu..bunyilah org memasak..rupa2nya si B masak sendiri..then si R ni intai2 kut celah pintu..nmpaklah si B tu tengah makan..dlm hati si R..oiii..bulan pose ni..tak pose ke budak oii...kalu pompuan bolehlah kate 'uzur..takleh pose'..ini laki tuu...MASYAALLAH..

si R pandanglah muka mak si B tu..tapi mak si B hanye mampu geleng2 kepala je..then si R terus balik rumah..si R tak mampu nk berkata2..

-------------TAMAT-------------


kisah benar ini diceritakan oleh si R kepada Me..bila dgr cite ni..rasa nk lempang pon ada budak gitu..heii..sabar2..bulan puasa..bwk2 mengucap..ASTARGHFIRULLAHALAZIM...

Monday, August 16, 2010

2 iN 1..

tgh tunggu subuh jugakk..awal gile sahur..pkul 4.00 dh sahur..act..letrik takde satu kmpung dari pkul 1.00 pgi mlm tadi smpai skrg...ni pkai laptop berbateri+broadband yg laju di pagi buta hari tetapi tidak di siang hari..jadi mak kejut awl..takut terlmbat atau tak terkejut..makan apa yg ada..sbb takleh nk masak..di rumah ku..bila letrik takde..air pon takkan ada..sbb..rumah ni pakai enjin pam sedut air dari telaga..so..rumah kami mmg tak subcscribe air paip kerajaan pon..jadi tiap2 bulan mmg takde bil air ponn..sbb tak subscribe?...air sgt slow..putus2..keroh berkarat..(dari kecik, zaman aku balik kelantan ni as balik kampung sampailah aku dh menetap kat kelantan, mcm nilah air kerajaan..ntah napa lerr..kalu area2 bandar ke pekan ke..tak tahulah laju ke tak..tapi kalu area kampung aku..kampung jiran dn kampung dlm daerah bachok ni..mostly akn pkai telaga+enjin pam sedut air dari telaga)..

so..nasi yg lebih berbuka ngn lauk2 semalam..ada sikit sgt2..sepakat ngn mak..pergi anto kat atuk kat bilik dia..ngn mak cket..aku plak?..sahur dgn kuih ketayap 2 gulung+kurma 2 biji+air suam..

wahhhhhhhhh..cerahhhhh..letrik dh ada mak!!!...now pkul 5.14am..baru ada letrik..hehe..so..sempat lagilah nk pergi masak air..buat air milo kerr..ngeh3...


-----------------------------------------------------------

malam tadi jugak..area pkul 10 lebih gtu..sambil aku dan mak duk usha2 rege tiket flight online..mak telah berkata-kata :

"yong ingt tak dlu masa yong kecik2..masa duk terengganu..abah mesti akn bwk pergi kat airport trganu.. yong ingt tak ape yong ada ckp dlu..selalu yong ckp..atau tiap kali nmpak je kapal terbang kat langit, mesti yong ckp ayat sama"

aku dlm hati..ingat..tapi mulut keluar ayat "tak ingat pon.."

"ala..yong ckp..mak, abah..satu hari nnti..bila yong besar..yong mesti akn naik jugak flight..kalu tak sebab belajar..sbb kerja..".."skrg yong betul2 akn dpt naik flight..bukan sekali..tapi acap kali smpai seumur hidup.." (kata mak lagi).."tapi bukan salah satu dari 2 sbb tu..tp sbb kawen...kawen ngn org sabah..jwbnya selalu lah naik flight"

aku hanya mampu senyummm...last year masa kerja..aku siap book n bayar dh tiket flight dari kl-kota bharu..konon2 nk balik raya..balik ngn flight..tup2..aku berhenti keje bulan pose..n balik kampung terus ngn kete..angkut suma brg bwk balik..so,tiket tu burn mcm tu jerr...rege 100++ gak rasanya..tak ingt..

so smpai skrg..mmg aku tak pernah naik flight..ok?? time blaja kat melaka dlu pon.sah2 la naik bas jee..student..mcm poyo je nk balik kg naik flight..lagipon time kat melaka..mana ada filght dari melaka-kelate /melaka-trganu..

dua cerita dalam satu malam..

Saturday, August 14, 2010

SeBeLuM Ni?..TaK PeRNaH..

menulis entry ni ketika tunggu subuh..lepas sahur..haha..bukan nk ngaji ke ape..tapi tulis blog..ish2...(sahur awal sgt..jadi blog2 dlu..kejap lagi ngaji...)..
semalam time terawih ada lagi cerita,tak pernah sebelum2 ni..atau tahun2 sebelum ni..akn ada cerita..selalu pergi je masjid..solat..tak berckp langsung..abes..terus balik rumah..tp semalam..masuk je masjid, tengok..eh, bahagian perempuan ni dh diluaskan depan tu..terus smpai ke dinding depan..B4..depan tu ada tabir..mean lepas tabir tu bahagian lelaki lagi...kira ada tambahan 4/5 saf lagilah ke depan..then..terus cari sudut tepi tiang..terus hampar sejadah..terus solat sunat tahhiyatul (betul ke eja gni?) masjid..cun2 siap salam..adalah auntie hampar sejadah sebelah..makcik tu pon solat jugak..selesai je dia doa...dia pandang aku..smbil tunjuk2 kat sejadah aku..sambil dia ckp "besa sejadoh..lain kali bawok hok kecik smbil tunjuk2 sejadah dia..nnti tok muat ore lain nk smaye etek".. "aku jawab: takde yg kecik kat rumah..lagipon mmg saya lipat tepi sejadah ni kiri kanan nnti before solat terawih..".. "makcik tu reply:..oo..nok ghoyak jah..tok imam hok marah bwk sejdah besar".. "aku jawab dlm hati :..tok imam marah ker?.."..then aku lipat ler sejadah tu..
dah nk start solat terawih..aku usha2 belakang..uih..ramainye..tp saf kosong masih byk lagi..sbb kan tok imam dh bukak bahagian depan..aku pon jeling2 cket makcik tu..nk pndang direct..segann..heee...ok..umur end 40s kutt...
lakaran atas, aku guna paint..kedudukan sejadah di saf aku..saf ke-2 depan..dan aku tepi sekali..tepi tiang..yg sejadah aku..cokelat tu..act..takdelah besar sgt..ala..saiz biasa2 mcm beli kat kedai tu ler..cuma penuh smpai kaki..mean aku berdiri atas sejadah tu la..dan selang 2 sejadah lagi dari makcik tu..ada jugak yg bwk sejadah besar cm aku..saiz sejadah aku n no 5..tu ekceli sama..guna paint..tak sempat nk ukur..hehe..then, no 2 , 3 dan 4 dan ada lagi lah muslimat2 lain..yg guna sejadah saiz mcm makcik tu..makcik tu yg no 2..yang muat tuk muka+tangan dan siku time sujud..berdiri plak..atas karpet masjid je..
nnti..kena pergi kedaila..nk beli sejadah kecik..yg saiz budak2 belajaar solat..
lagi satu..ada ke tok imam nk marah makmum bwk sejadah kecik/besar..maybe tok imam tu nk suruh rapat2..tegur sapa sejadah besar tu suruh kecikkan kutt..dh kalu sejadah besar..boleh je lipat tepi..kasi kecik cket kelebaran sejadah itu..takpon..1 sejadah..kongsi 2/3..hampar melintang gtu..hurm..papelah makcik..

Thursday, August 12, 2010

aDa MaKSuD Ke?

terawih tadi mcm dh sembahyang raya..sangatla ramai..yg muslimat...sgt2 penuh smpai ada makcik2 yg patah balik..maybe sbb esok belah pantai timur ni dh wiken kan..sebelum2 ni..ramai jugak...tpi tak mcm tadi..esok pon kena pergi awl mcm tadilah...mean..kena isyak kat masjid laa..dan seperti tahun2 sebelum ini..tiap kali terawih..ada 1 tmpat tu..mcm dh jadi port aku plak..tiap kali pegi..mesti tempat tu dh save untuk aku..hehe..ye..ye je ko otty..well..biasalah..smbil2 selawat berzikir..mata ni konfem akan melilau..tengok org2 lain..well..i di saf ketiga..so saf depan2..suma makcik2..saf2 ke belakang tak usha..then...tertangkap la oleh mata ku..seorang makcik..umur maybe early 50..hehe..dia baru dtg..terus ke saf depan sekali...ada satu kosong untuk beliau..(wah..cantik telekung dia..sempat memuji..hee)..eh..laa..makcik ni ker..detik hati aku..sbb aku sgt cam dia..kerna setiap tahun...mcm tahun2 lalu..dia akn bwk segenggam bunga cempaka putih..dia akn bagi kan makmum sebelah2 n belakang dia bunga tu sekuntum sorang..tp aku tak dptla..dh abes...then..sapa yg dpt bunga2 tu..akan cium 2,3 kali..then letak atas sejadah masing2..dan setiap hari jugak..makcik tu akan bwk bunga cempaka..sama mcm tahun2 lalu..ada maksud ke?..atau sengaja bagi sbb rumah dia byk bunga cempaka dan bunga itu sgt wangi...hurmm~..curious nk tahu..

pic hasil googelan : bunga cempaka putih..



agak2..kalu I duk sebelah dia..dia kasi tak bunga tu..atau dia kasi sbb dia dh kenal makcik2 saf2 depan tu..atau sbb I dh mmg wangi..so tak payah bagi bunga tu..hehe..