Friday, March 9, 2012

Dugaan..Menghapus Dosa Kecil..InsyaALLAH..

Tak dapat nak bercerita lagi..tuan badan masih belum sembuh..
makin bertambah teruk dah selesema ni..panas badan pon kembali lagi..
sampai sebelah muka, kepala dan bahu belah kanan, rahang..sampai gusi2 pon turut sama sakit..berdenyut2 dah ni..
malasnya nak pergi klinik..'teman serumah sekatil' ni dah marah-marah suruh pergi klinik..tunggula lagi sehari dua ye bang..

p/s: time solat..masa sujud..rasa macam nak tercabut muka dan kepala belah kanan ni..

Thursday, March 8, 2012

Isu Sensitif TAPI PENTING!

ehem..ehem..tekak tak sihat la sejak balik dari kampung ni..nak telan air liur pun susah..tapi itu tidak menghalang jari-jari ku untuk terus menaip..ceewahh ayat takleh blah ...

semalam..semalam..semalam... keluar jalan-jalan dengan suami.. takdelah jalan sangat..duduk je dalam kereta..jadi sementara si suami duk focus drive..si isteri plak matanya focus sekeliling..usha la apa yang patut...sekali terpandang la..satu couple naik motor, suami isteri mungkin..berdasarkan muka tu..dah masuk la umur2 separuh dekad mungkin...lokasi kejadian ni kat satu stesen pam minyak..

suami isteri tu pasti taat pada agamanya..Islam..InsyaAllah..bila tengok dari segi pakaiannya..suami berkopiah..isteri bertudung labuh..berstoking..Alhamdulillah..... tapiiii...tapiii..

bila dah selesai si suami tu dah selesai bagi motornya makan..naiklah si isteri di belakang...yang tak seronoknya...bila orang perempuan berkain..naik motor..nak-nak duduk kat belakang..for sure..kain tu akan terangkat sampai ke lutut kan..itulah yang terjadi pada makcik tu...nampaklah betisnya yang coklat2 tu..dan stokingnya tu takat buku lali sajo...jadi..macam mana tu..nak kupas lanjut isu ni..saya pon masih mendalami..masih duk belajar..tapi itulah..isu sensitif..tapi penting..

sekian...lain kali sambung cita lain pula...

p/s:...sakitlah tekak ni..nak menguap sakit..nak telan air liur lagilah sakit..

Saturday, February 25, 2012

Tergendala..

Siaran bakal tergendala selama seminggu.. tuan channel nak balik kampung seminggu.. dah balik dari kg.. kita bersiaran kembali k..
Kuala Abang, Dungun, Terengganu
Kuala Abang, Dungun, Terengganu
Untuk santapan mata pembaca ku... silalah hayati keindahan alam ciptaan Tuhan ini walaupun tidak secara realiti di depan mata...
kredit to my bestfriend Dilla Abu Bakar..InsyaALLAH bakal menjadi seorang photographer profesional satu hari nanti..ni aku copy dari gallery photo kat facebook dia..thanks Dilla...

Thursday, February 23, 2012

Kurniaan Ilahi..

Entri khas buat suami isteri..yang belum kahwin pon boleh saja nak baca...tapi sebetulnya..ada ke pembaca ni...

-->
Sebagai seorang isteri..rujuk pada diri sendiri ni..bila tengok wajah suami ketika dia tidur..masyaAllah..terdetik kat hati ini..satu perasaan yang indah..satu perasaan yang tenang..satu perasaan yang sayu...satu perasaan bersyukur..syukur pada Ilahi kerana dikurniakan suami yang Alhamdulillah..walaupon bukan seorang alim ulama..tapi selagi bergelar hamba pada Yang Esa..selagi itu setiap suruhan..setiap tanggungjawab sebagai seorang muslim..dilaksanakan dengan sebaik mungkin..dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh..

Wajahnya tidaklah sekacak pelakon..tidak setampan jejaka-jejaka yang tampil di majalah atau akhbar yang boleh digilai gadis lain..tapi bagiku..dia tetap manis..tetap tampan..tetap menawan di mataku..dan yang penting..dia kurniaan Ilahi yang terbaik buatku..dan Insyaallah..aku mahu jadi isteri yang terbaik buatnya...

--> ini luahan rasa..luahan kecintaan seorang isteri terhadap suaminya...dan berdoa..cinta ini berkekalan dan bersatu atas restu,keredhaan dan kehendak-Nya..Yang Maha Esa..Yang Maha Kuasa..

Wednesday, February 22, 2012

Mimpi itu mainan tidur..

Ni semua gara-gara baca blog 'akak' ni sebelum tidur la..terus mimpi jumpa 'akak' tu..padahal tak kenal secara realiti pon..tengok gambar-gambar yang dia post kat blog dia ajelah..ini dalam mimpi siap pergi rumah 'akak' tu..siap main-main dengan anak dia...jumpa husband dia..lengkap satu family dia la aku jumpa spesifik sikit..aku mimpi...

dah agak petang tu...aku nak baliklah..(dalam mimpi lagi ni)..aku turun dari tingkat rumah dia..dia duduk rumah jenis tingkat-tingkat tu...sekali aku sesat kat area rumah dia..kawasan rumah dia sangatlah besar...siap ada Giant..The Store..Mydin..ada lagi mall dalam mimpi tu..lupa sudah...apalagi..aku nangis..sebab sesat..tak jumpa jalan balik rumah aku..lepas tu jumpa satu 'makcik'..ni plak makcik pelakon yang aku tengok drama melayu malam tadi..makcik tu siap tunjuk aku jalan keluar..tapi tetap tak sama dengan jalan aku datang balik..

then..telefon suami aku..cakap kat dia..suruh amik aku..aku sesat..sekali suami pon sesat dalam kawasan perumahan tu..sangatlah besar kawasan dia..dah macam satu bandar kawasan perumahan tu..duk menangis je kerja aku dalam mimpi tu..

sekalii......teeeettttttttttttttttttt.....tersedar...habis sudah mimpi..

itu sahaja..sekian...


pesan mak : basuh kaki sebelum tidur..amik wuduk..gosok gigi...basuh muka..

Friday, February 17, 2012

Kesedihan..Kesayuan..

Entri lama-lama zaman muda mudi dulu ada dah aku tulis pasal ni..jadi tak naklah bercerita panjang..

just recall..tiap kali tiba hari Jumaat..lebih tepat..khamis malam jumaat tu..feel ni..perasaan ni..emosi ni..mesti akan datang..tapi dulu..aku cuma teringat..terfikir..terbayang..terkenangkan arwah ayah aku saja...but now..perasaan ni datang kembali..act..memang tiap kali jumaat pon..tak pernahlah nak menghilang perasaan itu...tapi kali ni lebih hebat menggila perasaan nya..sebabnya kehilangan arwah adik aku di depan mata..adik yang paling rapat..paling baik..malah lebih baik dari kakaknya ini..cukup buat aku menitis air mata setiap malam khamis malam jumaat..entah kenapa..malam-malam lain ada juga terkenang..tapi taklah sehebat khamis malam jumaat ni..adakah sebabnya aku akn sedekahkan bacaan Yassin padanya...

kehilangan arwah abah..pun tak rasa macam ni..arwah abah..6 bulan dah boleh terima..tapi arwah adik ni..dah setahun pun masih tak dapat nak terima lagi..bila tengok kawan-kawan dia kat facebook..dah bekerjaya..ada yang dah nak kahwin..terfikir..kalau arwah masih ada..arwah pun mesti dah bekerja...dan kalau arwah masih ada..umur dia tahun 2012 ni..25tahun..

terkenang kata-kata arwah selepas beberapa hari dia melaksanakan tugasnya sebagai wali kepada kakaknya ni... "yong..aku rasa aku tak nak kahwin la..nak jaga mak.." yang kakak dia dengar..gelak-gelak..fikirkan sebab dah putus cinta ke apa..sampai cakap macam tu..
rupanya..2 minggu lepas tu..arwah dijemput kembali ke pencipta-NYA..dengan inai di jari kakaknya masih merah..dengan usia perkahwinan baru nak menjengah 3 minggu..dan kenduri sebelah pihak lelaki pun belum buat..

Al-Fatihah buat mu adikku... Ahmad Muzhafar Abd Rahman..dan juga al-Fatihah buat ayahku..Abd Rahman Ahmad..

Alahai Omak...

Apalah aku ni..konon dah buat comeback..tapi satu entri baru pon tak ada..alahai..busy mengalahkan PM..haish..

sekarang mood tengah berbunga-bunga..

satu: dengar khabar berita yang menggembirakan dari kawan..
dua: hujung bulan ni nak balik kampung aku..seronoknyala..tapi betulla orang lain-lain cakap..kalau nk balik kampung tu..seminggu, 2 minggu pon dah rasa excited..rasa berdebar..rasa teruja..hehe..nanti bila dah sampai kampung..dah dekat nak balik rumah tinggal sekarang semula..mula rasa sedih bagai..aiyoyo...

bukan nak kata balik kampung suami tu tak best..best jugak..tapi tak sama dengan balik kampung sendiri..kan..kan..bagi suami pula..dia pun mesti seronok balik kampung dia juga..okla tu..sama adil..sama padan..oooohoiii...

Monday, December 12, 2011

Penyakit Apa La Agaknya Ni....

Susah nak tidur la sejak akhir-akhir ni..apa yang aku fikir pon tak tahu..tak kira tidur siang ke..tidur malam ke.. sebelum tidur, letak je kepala kat bantal.. baca doa, baca surah..pejam mata tapi automatik la terbukak sendiri mata tu..terkebil-kebil mata tengok kipas..terkebil-kebil mata tengok laki kat sebelah..yang mista hubby plak..letak je kepala kat bantal..terus berdengkur..haish... bang..kita tukar kepala plak sehari dua nak?..

aiiyaaa..takkan la insomnia plak..kalau betul..terus takleh tidur rasanya..ini kalau dah dapat tidur tu..malas plak rasa nak bangun nya..rasa macam nak terus tidur je...tapiiii...kenapa sebelum tidur tu..susah mau lelap..

kenapa la susah nak tidur..otak tu terus je duk berfikir time letak kepala kat bantal..rajin plak dia nak berfikir..sebelum-sebelum tu..takdelah plak dia rajin nak berfikir..sindrom apa la ni...


tanya mak :..apa yang otak ko fikirkan time ko nak tidur tu?..fikir biznes juta-juta ke..masuk je rancangan RM1000000 money drop tu..cepat kaya..tak payah nak fikir-fikir..

Wednesday, November 30, 2011

Macam mana nak selesaikannya...

Memang tak dinafikan..dalam Islam sendiri pon cakap..anak lelaki..walaupon selepas kawin..hubungan dia dengan maknya takkan terputus tanggungjawabnya...dia tetap kena mendahulukan emaknya dahulu sebelum isterinya..tetapi..

ini ada satu dialog..kisah benar..
diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan lelaki itu--

Emak Si Lelaki :.. Din (bukan nama sebenar)..INGAT..ko lepas kawin..WAJIB bagi kat mak RM500 tiap2 bulan..jangan tak kasi..lagi satu..ko lepas kawin nanti jugak..jangan kasi bini ko berhenti kerja..biar dia kerja..nanti siapa yang nak bagi dia 'cekik'..

(lebih kurang macam tulah bicara seorang ibu terhadap anak lelakinya..kira pesanan sebelum kahwin ni..)..

huhu..kalau macam kes ini..macam manalah anak lelaki dia tak stress..tu yang jadi kes..depan emak lain..belakang emak lain..walaupon umur dah nak masuk 30an..
..aiyooo...betapa sedih dan kecik hatinya lah si bini kalau dia dengar mak mertua dia cakap macam tu..

anak lelaki makcik ni kan... nak beli kasut sukan baru pakai duit gaji sendiri pon nak kena tanya mak dulu..takut mak marah..sebab kasut lama ada lagi..sampai macam tu sekali..huhu..

--------------------
Alhamdulillah..Mertua aku bukan macam itu makcik...setiap kali suami aku masukkan derang duit..walaupon berapa-berapa banyak pon..derang just cakap Alhamdulillah syukur..Lepas tu ucap Terima Kasih..jauhnya lah beza..

Tuesday, November 29, 2011

Padanla dengan namanya...

al-kisah nak diceritakan la...

siang tadi ...pergila aku dengan suami kat satu pusat pakar perubatan di Johor ni ha..private la katanya...mak aii...dia punya yuran...?????

1st time aku kena charge macam ni punya harga..total RM305.60...

List dia charge :..

Laboratory = Rm188
Surgical / Medical Supplies = RM 12.60 <---- harga sejenis ubat je ni.. takde surgery pon..
Admission / Registration = RM10.00
DR's consult = RM60.00
DR's procedure = RM35.00

so...tambah semua-semua di atas equal to RM305.60 ...

..check yg part DR tu..seorang patient sekali consult & procedure = RM95.00.. itupon tengok lah kes dia macam mana kan..macam aku ni..kes biasa-biasa pon..dah macam tu..uiii...padanlah pakar-pakar perubatan ni kayo den kayo..mari kita analisis (jadi pakar math jap), purata charge untuk seorang patient =RM100...sehari berapa ramai patient wooo....huhuhu..nyesal pula dulu tak belajar pandai-pandai..kan boleh jadi doktor pakar.. kepada doktor-doktor biasa yang baru kerja tu..sila belajar tinggi lagi..jadi pakar okkk... hihi..

Padanla dengan pakar perubatan private ... takde doktor biasa-biasa ye..semuanya pakar-pakar...NASIB BAIK BOLEH CLAIM!..