Wednesday, November 30, 2011

Macam mana nak selesaikannya...

Memang tak dinafikan..dalam Islam sendiri pon cakap..anak lelaki..walaupon selepas kawin..hubungan dia dengan maknya takkan terputus tanggungjawabnya...dia tetap kena mendahulukan emaknya dahulu sebelum isterinya..tetapi..

ini ada satu dialog..kisah benar..
diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan lelaki itu--

Emak Si Lelaki :.. Din (bukan nama sebenar)..INGAT..ko lepas kawin..WAJIB bagi kat mak RM500 tiap2 bulan..jangan tak kasi..lagi satu..ko lepas kawin nanti jugak..jangan kasi bini ko berhenti kerja..biar dia kerja..nanti siapa yang nak bagi dia 'cekik'..

(lebih kurang macam tulah bicara seorang ibu terhadap anak lelakinya..kira pesanan sebelum kahwin ni..)..

huhu..kalau macam kes ini..macam manalah anak lelaki dia tak stress..tu yang jadi kes..depan emak lain..belakang emak lain..walaupon umur dah nak masuk 30an..
..aiyooo...betapa sedih dan kecik hatinya lah si bini kalau dia dengar mak mertua dia cakap macam tu..

anak lelaki makcik ni kan... nak beli kasut sukan baru pakai duit gaji sendiri pon nak kena tanya mak dulu..takut mak marah..sebab kasut lama ada lagi..sampai macam tu sekali..huhu..

--------------------
Alhamdulillah..Mertua aku bukan macam itu makcik...setiap kali suami aku masukkan derang duit..walaupon berapa-berapa banyak pon..derang just cakap Alhamdulillah syukur..Lepas tu ucap Terima Kasih..jauhnya lah beza..

Tuesday, November 29, 2011

Padanla dengan namanya...

al-kisah nak diceritakan la...

siang tadi ...pergila aku dengan suami kat satu pusat pakar perubatan di Johor ni ha..private la katanya...mak aii...dia punya yuran...?????

1st time aku kena charge macam ni punya harga..total RM305.60...

List dia charge :..

Laboratory = Rm188
Surgical / Medical Supplies = RM 12.60 <---- harga sejenis ubat je ni.. takde surgery pon..
Admission / Registration = RM10.00
DR's consult = RM60.00
DR's procedure = RM35.00

so...tambah semua-semua di atas equal to RM305.60 ...

..check yg part DR tu..seorang patient sekali consult & procedure = RM95.00.. itupon tengok lah kes dia macam mana kan..macam aku ni..kes biasa-biasa pon..dah macam tu..uiii...padanlah pakar-pakar perubatan ni kayo den kayo..mari kita analisis (jadi pakar math jap), purata charge untuk seorang patient =RM100...sehari berapa ramai patient wooo....huhuhu..nyesal pula dulu tak belajar pandai-pandai..kan boleh jadi doktor pakar.. kepada doktor-doktor biasa yang baru kerja tu..sila belajar tinggi lagi..jadi pakar okkk... hihi..

Padanla dengan pakar perubatan private ... takde doktor biasa-biasa ye..semuanya pakar-pakar...NASIB BAIK BOLEH CLAIM!..

Sunday, November 27, 2011

Kembali...

Ok... aku mahu kembali berblogging.. why?..

- bosan
- boring
- puah (ore kelate oyak)..

..lain kali aku start bercerita..hari ini mahu edit-edit design dia..sesimple mungkin sudah!..


Tanya Mak :.. dah lama rasanya tak masuk ni..tiba-tiba ada ramai follower..mana datang eh?..

wassalam..