Saturday, February 25, 2012

Tergendala..

Siaran bakal tergendala selama seminggu.. tuan channel nak balik kampung seminggu.. dah balik dari kg.. kita bersiaran kembali k..
Kuala Abang, Dungun, Terengganu
Kuala Abang, Dungun, Terengganu
Untuk santapan mata pembaca ku... silalah hayati keindahan alam ciptaan Tuhan ini walaupun tidak secara realiti di depan mata...
kredit to my bestfriend Dilla Abu Bakar..InsyaALLAH bakal menjadi seorang photographer profesional satu hari nanti..ni aku copy dari gallery photo kat facebook dia..thanks Dilla...

Thursday, February 23, 2012

Kurniaan Ilahi..

Entri khas buat suami isteri..yang belum kahwin pon boleh saja nak baca...tapi sebetulnya..ada ke pembaca ni...

-->
Sebagai seorang isteri..rujuk pada diri sendiri ni..bila tengok wajah suami ketika dia tidur..masyaAllah..terdetik kat hati ini..satu perasaan yang indah..satu perasaan yang tenang..satu perasaan yang sayu...satu perasaan bersyukur..syukur pada Ilahi kerana dikurniakan suami yang Alhamdulillah..walaupon bukan seorang alim ulama..tapi selagi bergelar hamba pada Yang Esa..selagi itu setiap suruhan..setiap tanggungjawab sebagai seorang muslim..dilaksanakan dengan sebaik mungkin..dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh..

Wajahnya tidaklah sekacak pelakon..tidak setampan jejaka-jejaka yang tampil di majalah atau akhbar yang boleh digilai gadis lain..tapi bagiku..dia tetap manis..tetap tampan..tetap menawan di mataku..dan yang penting..dia kurniaan Ilahi yang terbaik buatku..dan Insyaallah..aku mahu jadi isteri yang terbaik buatnya...

--> ini luahan rasa..luahan kecintaan seorang isteri terhadap suaminya...dan berdoa..cinta ini berkekalan dan bersatu atas restu,keredhaan dan kehendak-Nya..Yang Maha Esa..Yang Maha Kuasa..

Wednesday, February 22, 2012

Mimpi itu mainan tidur..

Ni semua gara-gara baca blog 'akak' ni sebelum tidur la..terus mimpi jumpa 'akak' tu..padahal tak kenal secara realiti pon..tengok gambar-gambar yang dia post kat blog dia ajelah..ini dalam mimpi siap pergi rumah 'akak' tu..siap main-main dengan anak dia...jumpa husband dia..lengkap satu family dia la aku jumpa spesifik sikit..aku mimpi...

dah agak petang tu...aku nak baliklah..(dalam mimpi lagi ni)..aku turun dari tingkat rumah dia..dia duduk rumah jenis tingkat-tingkat tu...sekali aku sesat kat area rumah dia..kawasan rumah dia sangatlah besar...siap ada Giant..The Store..Mydin..ada lagi mall dalam mimpi tu..lupa sudah...apalagi..aku nangis..sebab sesat..tak jumpa jalan balik rumah aku..lepas tu jumpa satu 'makcik'..ni plak makcik pelakon yang aku tengok drama melayu malam tadi..makcik tu siap tunjuk aku jalan keluar..tapi tetap tak sama dengan jalan aku datang balik..

then..telefon suami aku..cakap kat dia..suruh amik aku..aku sesat..sekali suami pon sesat dalam kawasan perumahan tu..sangatlah besar kawasan dia..dah macam satu bandar kawasan perumahan tu..duk menangis je kerja aku dalam mimpi tu..

sekalii......teeeettttttttttttttttttt.....tersedar...habis sudah mimpi..

itu sahaja..sekian...


pesan mak : basuh kaki sebelum tidur..amik wuduk..gosok gigi...basuh muka..

Friday, February 17, 2012

Kesedihan..Kesayuan..

Entri lama-lama zaman muda mudi dulu ada dah aku tulis pasal ni..jadi tak naklah bercerita panjang..

just recall..tiap kali tiba hari Jumaat..lebih tepat..khamis malam jumaat tu..feel ni..perasaan ni..emosi ni..mesti akan datang..tapi dulu..aku cuma teringat..terfikir..terbayang..terkenangkan arwah ayah aku saja...but now..perasaan ni datang kembali..act..memang tiap kali jumaat pon..tak pernahlah nak menghilang perasaan itu...tapi kali ni lebih hebat menggila perasaan nya..sebabnya kehilangan arwah adik aku di depan mata..adik yang paling rapat..paling baik..malah lebih baik dari kakaknya ini..cukup buat aku menitis air mata setiap malam khamis malam jumaat..entah kenapa..malam-malam lain ada juga terkenang..tapi taklah sehebat khamis malam jumaat ni..adakah sebabnya aku akn sedekahkan bacaan Yassin padanya...

kehilangan arwah abah..pun tak rasa macam ni..arwah abah..6 bulan dah boleh terima..tapi arwah adik ni..dah setahun pun masih tak dapat nak terima lagi..bila tengok kawan-kawan dia kat facebook..dah bekerjaya..ada yang dah nak kahwin..terfikir..kalau arwah masih ada..arwah pun mesti dah bekerja...dan kalau arwah masih ada..umur dia tahun 2012 ni..25tahun..

terkenang kata-kata arwah selepas beberapa hari dia melaksanakan tugasnya sebagai wali kepada kakaknya ni... "yong..aku rasa aku tak nak kahwin la..nak jaga mak.." yang kakak dia dengar..gelak-gelak..fikirkan sebab dah putus cinta ke apa..sampai cakap macam tu..
rupanya..2 minggu lepas tu..arwah dijemput kembali ke pencipta-NYA..dengan inai di jari kakaknya masih merah..dengan usia perkahwinan baru nak menjengah 3 minggu..dan kenduri sebelah pihak lelaki pun belum buat..

Al-Fatihah buat mu adikku... Ahmad Muzhafar Abd Rahman..dan juga al-Fatihah buat ayahku..Abd Rahman Ahmad..

Alahai Omak...

Apalah aku ni..konon dah buat comeback..tapi satu entri baru pon tak ada..alahai..busy mengalahkan PM..haish..

sekarang mood tengah berbunga-bunga..

satu: dengar khabar berita yang menggembirakan dari kawan..
dua: hujung bulan ni nak balik kampung aku..seronoknyala..tapi betulla orang lain-lain cakap..kalau nk balik kampung tu..seminggu, 2 minggu pon dah rasa excited..rasa berdebar..rasa teruja..hehe..nanti bila dah sampai kampung..dah dekat nak balik rumah tinggal sekarang semula..mula rasa sedih bagai..aiyoyo...

bukan nak kata balik kampung suami tu tak best..best jugak..tapi tak sama dengan balik kampung sendiri..kan..kan..bagi suami pula..dia pun mesti seronok balik kampung dia juga..okla tu..sama adil..sama padan..oooohoiii...