Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

semua nak guna tajuk ni kan..kat facebook pon sama..tak terkecuali la i..tiada cerita-cerita istimewa yang akan berlaku pada i hari ini..rasanya lah!..cuma sekejap tadi berfesbuking dengan kawan satu kelas kat melaka..dia ajak i pergi melaka hari ini..maklumlah Melaka Maju 2010..tempat i membina kemajuan di situ..huhuhu..dia ingat kelantan-melaka ni naik kereta 10 minit smpai kut..lain kali ajak i sebulan awal k..boleh i plan nak pergi..rindu jugak dengan melaka ni..

itu sahaja nak cerita..tuan badan blog ini agak sibuk..tarikh makin mendekatkan diri dengan tuan badan empunya blog..tapi takdelah sesibuk mana..cuma sibuk sikit dari tak sibuk mana..OK..STOP!..ayat dah macam ayat sanskrit..

adios amigo~

Thursday, October 7, 2010

Aku Tidak Suka dan Tidak Respek Orang-orang Macam ni!!

kad jemputan kahwin untuk orang-orang kampung sudah siap..dan posmen hantar dekat kedai makcik..mak pon ada kat sana pagi tadi...teman pergilah ambil..ok..buka..tengok..tutup balik..then..lepak-lepak la sekejap situ..tapi mak suruh pergi klinik ambil borang untuk HIV test untuk yang nak berkahwin tu kan..pergilah..ajak cousin teman..sampai sana..rasa nak ambil borang je..alang-alang tak ramai orang..terus test la senang..sekejap je rupanya..keputusan NON-REACTIVE..alat test tu macam alat ujian kehamilan lebih kurang..titik darah situ..then tunggu resap..lepas tu ada 1 garis kat huruf C..nurse cakap kalau 2 garis ada lagi satu kat huruf C dan T..mean ada lah virus tu...walaupon aku tau..aku tak pernah buat seks rambang..kongsi-kongsi jarum..ambil dadah..tapi masa duk tunggu result tu..seram sejuk seram sejuk..berdebar-debar..kenalin ore kelate oyak.. well syukur Alhamdulillah bebas dari virus itu..

tetapi yang aku nak cerita ini pasal title entry kali ni la..lepas balik dari klinik..aku singgah kedai makcik aku semula, yelah nak hantar cousin aku tu..then, adalah beberapa customers situ dan salah sorangnya pakcik tua dalam lingkungan umur 60 dan rasanya..dah pergi haji..tapi mulut dia MASYAALLAH..entahla..aku rasa macam bengang dan bengong la pakcik ini..anak perempuan dia akan kahwin jugak tapi awal sehari dari aku..boleh plak masa aku nk gerak ke kereta tu..dia tunding-tunding jari kat aku..cakap lebih kurang mcm ni la:-

pakcik tua :"aku nak tanding mu ni nge anok aku" sambil mulut muncung-muncung n jari tunding-tunding arah aku..

aku: "tanding?"

pakcik tua : "tanding sapo buncit (pregnant) dulu..nok tengok bako (baka=keturunan) mung ko bako aku hok molek (bagus)..hahaha (gelak-gelak tak hengat donia!)" yang ni dia tujukan ke mak aku dengan aku-aku sekali la lepas tu gelak-gelak..

aku: senyum je sambil pandang mak aku..dan beberapa customers yang lain..then aku terus blahhh!!

dalam hati aku..dahla title tu haji dah..dahlah tadi duk hisap rokok..dahlah tak pakai baju..pakai kain pelikat jer..mulut plak huduh, suka cakap yang bukan-bukan..tapi tu semua aku cakap dalam hati aku jelah..ni yang buat aku hilang respect dan hormat tabik spring kat orang-orang tua yang mcm pakcik tulah..macam dia!!..aku memang tak suka pakcik ni!!..aku benci dia..menyampah..dulu masa awal-awal mak aku bagitau saudara mara dan kawan-kawan mak aku yang nak kahwinkan aku bulan 11 time raya haji ni..dia jugak yang sibuk-sibuk duk cakap..orang tak buat majlis time bulan 11..time musim hujan..musin tengkujuh..tup-tup anak dia ada orang nak masuk merisik bulan raya baru ni..dan terus nak menikah raya haji..takde plak dia nk tunda-tunda..buat tahun depan ke..senyap je..takde plak mak aku nak bidas-bidas balik kata-kata dia..huh! huh! huh lagi sekali!

Wednesday, October 6, 2010

Saya Menjemput~

Saya menjemput semua rakan-rakan yang mengenali saya untuk datang ke majlis makan-bagi hadiah lagi bagus pada 20/11/2010 12.00 tgh hari-6.30 ptg..hehe..ini adalah kad jemputan yang discan oleh designer yang bakal suami ku pilih-tempah dia batu pahat, johor..dia sendiri yg pilih..dia sendiri yang tempah..kad ini hanya untuk rakan-rakan rapat sahaja..orang-orang kampung..dapat kad lain..hehe..

bakal menge'pos' dalam minggu depan atau minggu lagi satu kepada kawan-kawan..

ada yang kata awal aku letak kat ni di facebook (aku sudah create event dan menjemput diorang)..tapi ada yang suruh aku buat awal-awal..sebab senang nak budget berapa ramai yang nak datang..dan yang jauh-jauh boleh plan nak datang atau nak apply cuti..kui3..

datang jangan tak datang!..
sekian......

kad muka depan

tengah dengan belakang -peta ke rumahku..sangat senang k!



interlay..
ntah..aku pon tak tau macam mana design dia..bakal suami aku je tahu..sebab kad dengan dia..huhu..

Hentikan!!!

ingat lelaki jah boleh bagi gangguan seksual pada perempuan..tengok gmbar kat bawah..ini pun di kira salah satu gangguan seksual yang perempuan bagi kat lelaki..huhu..

tapi tu gambar perempuan bertudung..kalau perempuan tak bertudung pula macam mana?..huhu..kadang-kadang terpikir..syukurla aku ni berbadan besor-besor montel gebu gitu..tak seksi..haha..agak-agaknya kalau badan seksi..slim melim..takut-takut iman tak kukuh..dahlah iman ni nipis..rapuh plak..ish..ish..nanti terpengaruh..huhu..takutnya..berdoa dan mintak dijauhkan..

*SYAITAN PUNYA KERJA LA NI*..
adios~



sumber gambar dari sini ->http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1382740261154&set=a.1205039738752.28243.1611408708&pid=910245&id=1611408708&ref=nf

Monday, October 4, 2010

PoLiGaMi...

hari tu kan..ala..hari tu la..aku duduk mengadap depan komputer ni..then, ada hamba ALLAH ni..dia share satu link dekat aku..aku yang tengah tak berapa nak malas..tapi tak berapa nak rajin jugak..ambil keputusan untuk click that link..aku right click..open in new window...berbuka la satu page lat sebelah..bertajuk..rakyat rusia memerlukan poligami..wah..bila baca tajuk..terus terpikir..isu seronok dan menguji minda ni..mesti mau baca!

baca..baca..baca..bca..dan terus baca..baca dari mula sampai habis..baca juga komen-komen yang diberi dari mula sampai habis..aku malas nak copy dan paste..nak baca jugak..sila klik kat link bawah entri ini ya kawan-kawan..

...bercakap pasal poligami..perempuan a.k.a isteri yang sanggup dan rela,yang pasrah tapi redha suaminya berkahwin lagi satu, maka aku pernah terbaca satu artikel, pernah dengar satu ceramah, pernah dengar juga orang-orang bercakap, pernah juga dengar dari satu drama tv..yang perempuan itu nanti di akhirat akan merasalah untuk mendapat payung emas..betapa mulia dan tinggi darjatnya payung emas itu..hanya orang-orang yang akan mendapatnyala yang akan tau macam mana rasanya dapat payung emas itu...


berbalik pada artikel rusia perlu poligami tu..bukan rakyat rusia saja yang lebih ramai perempuan dari lelaki..tetapi kat malaysia pon dah boleh nampak..tak perlu pergi negara lain jauh-jauh..malaysia pon lebih ramai perempuan dari lelaki..dan itu adalah..salah satu tanda akhir zaman kan..ala..ramai dah tahu ni..tapi setakat tahu ajalah kan..bukan nak rasa gerun pun ata insaf ke..takut kah..yelah..gerun la..bila pikir akhir zaman..mesti pikir, amal ibadat kita dah cukup kah wei..tak payah cakap orang la..aku cakap kat diri aku sendiri la ni.

teringat satu malam tu..ada borak-borak dengan cousin aku..pasal poligami..pasal kenapa lelaki senang atau peluang dalam satu-satu temuduga untuk minta kerja lebih tinggi..dan kenapa lelaki makin kurang..(well..as muslim..of coz la kita akan tahu ini semua percaturan ILAHI kan..) cuma saja nak bagi teori sendiri-sendiri buat...kenapa lelaki kurang..dan perempuan lebih ramai..

teori cousin aku bagi sebab lelaki makin kurang macam ni:-

1.lelaki makin ramai yang pilih untuk jadi gay..bila gay..diorang cari sama jantina dia yakni lelaki a.k.a jantan..jadi perempuan akan berlebih-lebihan disitu..perempuan yang jadi pengkid pon ada jugak..cari perempuan tapi macam tak ramai..

2.lelaki ramai yang jadi pondan, mak nyah, bapuk..bila dah macam tu..yang diorang cari pon lelaki jugak..mana cari perempuan kan..lebih ramai lagilah perempuan

3.yang hisap2 dadah pon ramai lelaki..tak cakap la pompuan takde yang buat..ada jugak..tapi lebih ramai lelaki..jadi bila ramai hisap dadah..kena HIV...pendek umur..mati..kalau tak pun..masuk pusat sehenti..atau hospital..atau masuk penjara..dah kurang dah lelaki tu..abes..macam mana perempuan nak cari calon suami nak kahwin awal..lelaki dah makin sikit..huhu..

4.yang masuk penjara pon statistik merekodkan..lagi ramai lelaki yang menghuni sana dari perempuan..jadi..bila dah ramai lelaki masuk sana sebab jenayah ringan ke..berat ker..mesti ramai perempuan yang berlebih2an di luar sini..da perempuan yang ada ini..bukan tak nak kawin..tapi dah lelaki kurang..yang ada pula dah jadi suami org lain..

jadi..sebab ramai perempuan..lelaki kurang..sebab itu ada poligami..itupon ramai yang tak menyokong..as perempuan..memang takleh nak menghalang..sebab ia salah satu syariat..tapi tidak pula kata nak menerima..huhu..sebab tak sanggup nak berkongsi kasih..tapi kalau terkena batang hidung sendiri..tak tahulah nanti macam mana..


isu didapati dari http://www.isuhangat.net/2010/09/rakyat-russia-memerlukan-poligami/