Monday, October 4, 2010

PoLiGaMi...

hari tu kan..ala..hari tu la..aku duduk mengadap depan komputer ni..then, ada hamba ALLAH ni..dia share satu link dekat aku..aku yang tengah tak berapa nak malas..tapi tak berapa nak rajin jugak..ambil keputusan untuk click that link..aku right click..open in new window...berbuka la satu page lat sebelah..bertajuk..rakyat rusia memerlukan poligami..wah..bila baca tajuk..terus terpikir..isu seronok dan menguji minda ni..mesti mau baca!

baca..baca..baca..bca..dan terus baca..baca dari mula sampai habis..baca juga komen-komen yang diberi dari mula sampai habis..aku malas nak copy dan paste..nak baca jugak..sila klik kat link bawah entri ini ya kawan-kawan..

...bercakap pasal poligami..perempuan a.k.a isteri yang sanggup dan rela,yang pasrah tapi redha suaminya berkahwin lagi satu, maka aku pernah terbaca satu artikel, pernah dengar satu ceramah, pernah dengar juga orang-orang bercakap, pernah juga dengar dari satu drama tv..yang perempuan itu nanti di akhirat akan merasalah untuk mendapat payung emas..betapa mulia dan tinggi darjatnya payung emas itu..hanya orang-orang yang akan mendapatnyala yang akan tau macam mana rasanya dapat payung emas itu...


berbalik pada artikel rusia perlu poligami tu..bukan rakyat rusia saja yang lebih ramai perempuan dari lelaki..tetapi kat malaysia pon dah boleh nampak..tak perlu pergi negara lain jauh-jauh..malaysia pon lebih ramai perempuan dari lelaki..dan itu adalah..salah satu tanda akhir zaman kan..ala..ramai dah tahu ni..tapi setakat tahu ajalah kan..bukan nak rasa gerun pun ata insaf ke..takut kah..yelah..gerun la..bila pikir akhir zaman..mesti pikir, amal ibadat kita dah cukup kah wei..tak payah cakap orang la..aku cakap kat diri aku sendiri la ni.

teringat satu malam tu..ada borak-borak dengan cousin aku..pasal poligami..pasal kenapa lelaki senang atau peluang dalam satu-satu temuduga untuk minta kerja lebih tinggi..dan kenapa lelaki makin kurang..(well..as muslim..of coz la kita akan tahu ini semua percaturan ILAHI kan..) cuma saja nak bagi teori sendiri-sendiri buat...kenapa lelaki kurang..dan perempuan lebih ramai..

teori cousin aku bagi sebab lelaki makin kurang macam ni:-

1.lelaki makin ramai yang pilih untuk jadi gay..bila gay..diorang cari sama jantina dia yakni lelaki a.k.a jantan..jadi perempuan akan berlebih-lebihan disitu..perempuan yang jadi pengkid pon ada jugak..cari perempuan tapi macam tak ramai..

2.lelaki ramai yang jadi pondan, mak nyah, bapuk..bila dah macam tu..yang diorang cari pon lelaki jugak..mana cari perempuan kan..lebih ramai lagilah perempuan

3.yang hisap2 dadah pon ramai lelaki..tak cakap la pompuan takde yang buat..ada jugak..tapi lebih ramai lelaki..jadi bila ramai hisap dadah..kena HIV...pendek umur..mati..kalau tak pun..masuk pusat sehenti..atau hospital..atau masuk penjara..dah kurang dah lelaki tu..abes..macam mana perempuan nak cari calon suami nak kahwin awal..lelaki dah makin sikit..huhu..

4.yang masuk penjara pon statistik merekodkan..lagi ramai lelaki yang menghuni sana dari perempuan..jadi..bila dah ramai lelaki masuk sana sebab jenayah ringan ke..berat ker..mesti ramai perempuan yang berlebih2an di luar sini..da perempuan yang ada ini..bukan tak nak kawin..tapi dah lelaki kurang..yang ada pula dah jadi suami org lain..

jadi..sebab ramai perempuan..lelaki kurang..sebab itu ada poligami..itupon ramai yang tak menyokong..as perempuan..memang takleh nak menghalang..sebab ia salah satu syariat..tapi tidak pula kata nak menerima..huhu..sebab tak sanggup nak berkongsi kasih..tapi kalau terkena batang hidung sendiri..tak tahulah nanti macam mana..


isu didapati dari http://www.isuhangat.net/2010/09/rakyat-russia-memerlukan-poligami/

No comments: