Wednesday, September 29, 2010

Lu PiKiRLa SeNDiRi..!

di suatu petang yang anginnya sempoi-sempoi je bertiup...berlakulah dengan tidak disengajakan satu perbualan antara seorang gadis dan seorang wanita :-

Wanita: " zaiton (bukan nama sebenar)..kalau ko ditakdirkan jodoh dengan seorang imam muda kampung..macam mana?..kalau imam muda tu dah lama syok kat ko dan nak masuk meminang ko? ko terima tak?"..

Gadis: "napa?..oo..terima ajelah kalau tiada calon lagi atau bukan hak siapa-siapa lagi..apa pasal?"

Wanita: "takdela..aku tanya aje kat ko..sebab tadi kat kedai..adalah diorang-diorang duk borak-borak..aku dengar..anak makcik' tuut' kat hujung kampung tu..kan anak dara dia cantik..lulusan universiti..baru abes master aritu, ada orang masuk minang..katanya yang masuk meminang tu imam ke ustaz baru balik mesir..baru aje dapat jawatan imam tu..lepas tu adalah yang menyampuk..kata lekehnya..imam je..orang nakla menantu doktor ke..jurutera ke..pilot ke..arkitek ke..polis pakat inspektor pon jadi la..paling komen carilah pensyarah ke cikgu pon boleh lagi..imam..berapa sen sangatla gaji.. sambung orang yang menyampuk tu..kalau imam berapa sen je gaji..boleh ke nak tampung hidup nanti..boleh tu boleh la kut..tapi takleh nak mewah-mewah sangat la jawabnya..aku yang dengar ni setakat dengar jelah..malas nak meyampuk apa dia cakap.."

Gadis: "huhu..siapa yang cakap gitu tu..nilah akibatnya..bila pikir dunia lebih dari akhirat..dia tak sedar..kalau imam ke ustaz ke..sah-sah kita tahu bab-bab agama dia lebih..boleh bimbing kita..yang penting tak mewah dunia pon takpe..asal mewah di akhirat..ke gane?..di dunia tak mewah pon takpe..tapi jangan la sampai tahap daif..sebab bila daif..susah jugak..at least cukup makan pakai jadilah kan.."

PERINGATAN untuk diri aku sendiri---> bila hidup dengan kurang agama, jadilah macam makcik menyampuk kat atas, yang lebihkan dunia..sedangkan kita semua pon tahu..even agama lain pon tahu..dunia ini tidak kekal..dan setiap orang akan mati..kalau dah mati..takdelah nak bawa semua harta-harta tu masuk kubur sekali..yang kita bawa hanyalah amalan dan ibadat kita semasa ALLAH bagi kita peluang hidup atas dunia ini.

No comments: