Wednesday, July 14, 2010

SaLaH SiaPa...???

ini kisah benar.....
insiden ni berlaku petang tadi..diceritakan oleh my mom sewaktu berbuka puasa bersama mak...
----------------------------

kisahnya mcm ni :-

petang tadi..seorang ayah bernama Jusoh (bukan nama sebenar), 45 dan anak saudara lelakinya yg berumur 31 bernama Mamat (juga bukan nama sebenar)..mereka berdua naik motor dan Jusoh membawa sebilah parang berkarat bersamanya..nak pergi cari anak perempuan Jusoh yang tak balik2 rumah sejak pergi sekolah pagi tadi..cari punya cari..cari lagi..cari sana..cari sini..cari situ..dan terus cari..akhirnya, JUMPA anak perempuannya itu membonceng motor budak lelaki yg tidak dikenali oleh Jusoh maupon jiran2 sekitar rumah Jusoh..

Jusoh apa lagi..dengan amarah yg dah ke laut..ke langit mana ntah..terus ditibainya muka budak lelaki dengan helmet..yg anak saudara Jusoh plak..si Mamat tu terus bagi jurus tendangan maut ke pinggang budak lelaki itu..kemudian Mamat bagi lagi..bagi lagi..pukulan helmet ke muka budak lelaki itu..agak2 muka budak tu dah terbelah dua agaknya..baru dia berhenti..ANAK PEREMPUAN Jusoh?..kena tibai tak?..TIDAK!!!..hanya di heret naik motor dan balik ke rumah..
-----------------------------------

sampai dirumah...eh..apesal balik asing2..Jusoh dan Mamat?..Mamat naik motor sapa?...rupa2nya..motor budak yg dibelasahnya itu dirampasnya..henpon budak lelaki itu pon dirampasnnya..Jusoh belek2 phone mahal tu..di call nya bapak budak lelaki tu..pandai plak Jusoh cari..ingtkan tak reti guna phone mahal tu..lama cket..bapak budak lelaki tu datang ke rumah Jusoh..diceritakan peristiwa berlaku..ANAK PEREMPUAN Jusoh kena apa?..kena tibai?..TAK!..kena MARAH?..setakat marah membebel jelah..

bapak budak lelaki tu pon cakaplah..dia tak kisah kalu nk marah/setakat pukul sekali dua anaknya..untuk mengajar..tp kalu dah teruk..cedera2..dia risau wife dia (mean mak budak lelaki itu yg bekerja as teacher..) mengamuk..sbb mak budak lelaki tu takleh kalu sentuh bab2 anak dia..sayang anak katakan..selama ni pon..bapak budak lelaki tu bukan tak nak marah anak dia..tp dia tak nak bergaduh ngn bini dia psl anak2..ni pon..bapak budak lelaki tu dh cari2 anak dia..tapi tak jumpa2..risau nnti berlaku pape je kat budak tu..bapak budak tu takut wife dia akan report polis jer..

apa Jusoh jawab bila kata nk report polis?..ala..ape kisah..report jelah..masuk penjara..setakat seminggu dua..biar jelah..lagi bagus..kena jamu makan dlm sana..tak payah keje...

---------------------------------

"abes..ape je mak buat kat sana..mak and atok takde ckp pape ker?..apesal Jusoh tu tak pukul je anak perempuan dia?..bukan salah lelaki tu semata..sepatutnya ank perempuan dia yg kena pukul..kalu tak budak perempuan tu yg duk terhegeh2 menggatal nk ikut budak lelaki tu..tak jadi perkara gini..Jusoh n bini dia takde ckp pape plak psl tu?.."

"mak dah ckp psl tu..salah anak kita..patutnya pukul n ajar anak kita dlu..tak boleh sesuka hati nk pukul anak org lain..kalu setkat bagi penampor sekali dua takpelah..ini dh tibai ngn helmet tu..salah di ssi undang2..lagipon..bukannya budak lelaki tu culik/ rogol/ dtg amik kat rumah ker.." "tapi bukan derang nk dengar pon mak n atok ckp ape..atok pon sokong ckp mak..derang tetap duk salahkan budak lelaki tu..sekali sekala jer duk marah anaknya.."

"abaikan jelah mak..jgn masuk campur..kang tak pasal2 kita gak kena..biar jelah..lagipon mak dh bagi nasihat..pendapat mcm tu..derang tak nak dengar..bukannya derang tu parent yg umur belasan tahun..dah puluh2 tahun.."

-------------------------------------

budak lelaki tu sekolah agama..umur 16 tahun..budak perempuan tu pon umur 16 tahun tapi sekolah aliran biasa jer..dan petang tadi bukan kali pertama je anak perempuan Jusoh ikut lelaki tu..dah byk kali..dah siap ponteng2 sekolah pon ada..

abes..dah jadi gini..nak salahkan sape?..ibu bapa ker??..atau sekeliling?..atau kawan?..atau dunia alam?..atau syaitan yg menghasut dan menggoda manusia?..

No comments: