Thursday, April 8, 2010

DiLeMa MiRa..

Mira (bukan nama sebenar)..berumur 18 tahun pada tahun ini,2010..telah berkahwin dan mempunyai seorang anak..berhenti sekolah sebelum ambil SPM..sekarang Mira menjadi surirumah sepenuh masa..tinggal di pedalaman.. di rumah ibunya sendiri..dan suami Mira tinggal bersamanya juga..tapi sejak suaminya mendapat pekerjaan as pekerja binaan (bina rumah as kuli)...trpaksalah Mira berjauhan dengan suaminya buat sementara waktu..namun rindu yg tak tertahan,,Mira mengambil keputusan untuk tinggal dirumah makciknya di kampung tempat suaminya bekerja..

Mira datang ke kampung makciknya bersama dgn anaknya sejak 4 hari lepas..dihantar oleh abang sulung Mira dengan motor..jauhnya kira2 1 jam setengah menaiki motor..tidaklah jauh tapi Mira bukannya ada kenderaan untuk kerap berjumpa suaminya..sebelum ini Mira hanya akan berjumpa suaminya pada hari Jumaat sahaja sbb hanya hari itu ajelah suaminya akan cuti..

Mira bukan datang dari keluarga senang..Mira hidup dalam dilema..hidup penuh tekanan..Ibu kandung Mira telah bercerai dgn ayah kandungnya dan telah berkahwin semula dgn sorg lelaki yg Mira tak sanggup nk mengaku ayah tiri..ibunya hidup dengan mengambil upah mengutip daun tembakau untuk menyara suaminya(suami ibunya) kerana ayah tirinya itu hanya tahu duduk dirumah goyang kaki...abang sulung Mira juga telah bercerai dan tidak bekerja..hanya tahu melepak dan hidup enjoy..duit gaji yg suami Mira dapat setiap minggu sebanyak RM200 seminggu akan diberikan kepada Mira setiap kali berjumpa suaminya pada hari Jumaat tetapi Mira akan dipaksa dan diugut supaya menyerahkan duit yg Mira dpt dari suaminya itu kepadanya..Mira tertekan tinggal dirumah itu..Ibunya pula kerana terlalu penat dan letih bekerja.. maka setiap malam dia akan menyuruh Mira untuk mengurutnya..jika Mira terlupa atau terpaksa melayan anak kecilnya..Mira akan disumpah dan dihina oleh ibunya..hati kecilnya terpaksa menurut ibunya walaupon anak kecilnya meraung2 dahagakan susu ibunya..sentiasalah Mira hidup bertemankan air mata..nak mengadu dengan suami..suami jauh..

sekarang..Mira bahagia..Mira happy..senyuman tak pernah lekang dari bibir Mira..gelak tawa anaknya sentiasa kedengaran dan anak Mira tak pernah tidak cukup makan sejak datang ke rumah makciknya ini..jiran2 tidak pernah lupa untuk menghulurkan makanan..walaupon makcik Mira ini rumah kayunya kecil, buruk,hanya ada satu bilik dan anak2 makciknya ini ramai..namun Mira tidak kisah..dia bahagia..dia sanggup bersempit2 di rumah itu..

namun..senja ini..senyuman Mira terhenti..kedukaan terpancar kembali diwajahnya..Mira terpaksa pulang kembali ke 'rumah itu'..suami Mira memaksa Mira untuk kembali ke rumah itu..suami Mira tidak mahu menyusahkan makcik Mira..Mira memberontak namun tiada siapa memahaminya..Maka pulanglah Mira dijemput abg kandungnya yang telah tersenyum dari kejauhan kerana dia tahu..Mira sudah dpt duit belanja dari suaminya pada hari ni, hari khamis..suami Mira telah dapat gaji untuk minggu ini..

.." well..anak mu Mira..sangat2 lah kiut dan comel..aku suka bermain2 dn anakmu itu..mula2 aku kenal ko..aku ingtkan ko lagi tua dari aku..aku terkejut bila tahu ko lagi muda 6 tahun dari aku..betullah kata mak aku..org yg penuh tekanan dan bebanan..wajah mereka akn lagi berusia dari umur mereka..well Mira..aku doakan ko akan tetap tabah hadapi dugaan hidup ini..aku tahu..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul "..

2 comments:

Anonymous said...

pandai kau tulis biografi ye...

notty said...

boleh dianggap satu pujian atau satu 'perlian'?..
kalu pujian..terima kasih..kalu 'perlian'..xpe..suke2 untuk bercerita saja..


well, true story about Mira..sedih dgr kisah dari mulut dia..huhu..