Thursday, February 23, 2012

Kurniaan Ilahi..

Entri khas buat suami isteri..yang belum kahwin pon boleh saja nak baca...tapi sebetulnya..ada ke pembaca ni...

-->
Sebagai seorang isteri..rujuk pada diri sendiri ni..bila tengok wajah suami ketika dia tidur..masyaAllah..terdetik kat hati ini..satu perasaan yang indah..satu perasaan yang tenang..satu perasaan yang sayu...satu perasaan bersyukur..syukur pada Ilahi kerana dikurniakan suami yang Alhamdulillah..walaupon bukan seorang alim ulama..tapi selagi bergelar hamba pada Yang Esa..selagi itu setiap suruhan..setiap tanggungjawab sebagai seorang muslim..dilaksanakan dengan sebaik mungkin..dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh..

Wajahnya tidaklah sekacak pelakon..tidak setampan jejaka-jejaka yang tampil di majalah atau akhbar yang boleh digilai gadis lain..tapi bagiku..dia tetap manis..tetap tampan..tetap menawan di mataku..dan yang penting..dia kurniaan Ilahi yang terbaik buatku..dan Insyaallah..aku mahu jadi isteri yang terbaik buatnya...

--> ini luahan rasa..luahan kecintaan seorang isteri terhadap suaminya...dan berdoa..cinta ini berkekalan dan bersatu atas restu,keredhaan dan kehendak-Nya..Yang Maha Esa..Yang Maha Kuasa..

3 comments:

Mek Rose said...

ade butang LIKE tak? akak nak like like like..ehehee

notty said...

kak rose..hehe..butang LIKE disable..kena hide..

Dilla Abu Bakar said...

awww.. so shhwweeettt~~