Thursday, November 4, 2010

Kisah Cinta - Part 1

Semua ni berlaku 3 tahun yang lepas..ketika itu umur aku 21 tahun..sedang belajar kat salah sebuah universitas kat Melaka..dalam tahun 2 sem 2..eh jap..kira jap..ok silap..masa tu tahun 3 sem 1..pengajian aku ni ambil masa 3 tahun 6 bulan, yang 6 bulan tu semester last..semester praktikal..kiranyaa lepas habis praktikal..terus habis belajar la..Cuma belum konvo lagi..

Ok..cerita dia macam ini..masa tahun 3 tu..dalam akhir bulan 9 tak silap aku..masa itu, bulan Ramadhan..aku dan salah seorang housemate rumah sewa aku..baru je smpai sampai kat park kereta depan rumah sewa kami..rumah pangsapuri 4 tingkat dan kami menyewa di tingkat 2..block D..laluan menuju ke tangga di sebelah kiri adalah peti surat yang dia susun banyak-banyak ikut nombor rumah kan..dan masa tu kami dah ternampak ada sesuatu kat peti surat rumah kami..terus kami berdua serentak cakap..ini mesti kerja Term (sekarang sudah jadi suami kepada housemateku nama Shaz..)sebab selalunya perkara-perkara yang kreatif-metif ni dia punya kerjalah..ada 1 sticker paper warna kuning bentuk bunga terlekat kat peti surat depan dan atas paper tu ada tanda soal besar like this la ‘ ? ’…kami pon apalagi..terus buka peti tu..dan ternampak ada satu surat yang tiada nama pengirim dan nama yang tertera kat smpul surat itu adalah KEPADA : ACR 2590 (D-2-9) dan alamat itu adalah nombor rumah kami..ada setem tetapi setem itu tidak dicop oleh POS MALAYSIA..bermaksud ada orang yang letak dalam peti surat dan bukan di pos oleh posmen..ACR?..itu nombor plat kereta aku..masa aku baru nak buka je sampul surat dan aku sudah dapat agak itu bukan surat tapi kad..
..masa nak bukak je..terus Eya, member aku tu menjerit-jerit happy..”tie!!..secret admirer tie laa!!!”..aku buka tapi aku still lagi was-was sebab aku yakin..mungkin bukan aku yang dituju..maklumlah..kereta aku tu..ramai juga yang pinjam pakai..so..mungkin seseorang itu pernah ternampak kawan aku dan dia assume kawan aku owner ACR itu..hati aku macam excited..yelah..perempuan mana tak excited kalau ada secret admirer kan..Cuma aku takut nak luah ke-‘excited’kan aku tu..takut kuciwa..yelah..macam aku kata..mungkin kawan aku yang drive ACR tu masa ‘orang rahsia itu’ nampak..

Aku ambil kad tu dan kami balik rumh..dan aku minta eya rahsiakan dulu..sebab aku macam terbaca sesuatu kad itu..oh..aku belum cerita apa isi kad tu kan..ok..kad itu adalah kad raya keluaran universiti kami sebab ada cop universiti pada kad itu..ok..isi kad tu macam ni :

Kad Raya ini sebagai pengganti diri untuk memberi ucapan Aidilfitri dengan ucapan:

Selamat menyambut hari lebaran tahun ini dengan penuh kesedaran dan suasana meriah di samping keluarga dan teman-teman.

Walaupun kita tak pernah bersua namun kad ini sebagai pengganti diri dan pengikat silaturrahim antara kita.

Semoga perjalanan balik beraya sampai ke destinasi dengan selamat. “Ingat pandu cermat jiwa selamat”

Kalau buat rumah terbuka jangan lupa buat jemputan umum untuk penghuni rumah D-G-5

Salam perkenalan di bulan mulia ini moga di rahmati-NYA.
Senang-senang tu reply la kad raya ku ini:..

Salam Lebaran: (tandatangan orang rahsia itu) dan di sampul kad belah belakang tu..ada tertulis MAM 5312..
-----------------------------------
Layan jela gambar-gambar di bawah ini yang menjadi bukti kepada cerita di atas..(",)..


sticker paper yang terlekat kat peti surat (ok..gila bangku tulis peti surat..hihi)

sampul surat tertera Kepada : ACR 2590..nombor plat kereta ku..

kad raya keluaran universiti yang ada kat ayer keroh, melaka..beli kat koperasi kat kampus ni..mana aku tau dia beli kat sana??..sebab aku pon beli kat sana juga..hihi..

gigih betul 'orang rahsia itu' siap taip-print-gunting-tampal kat kad ini...syabas betta..syabas..



Ok..apa akan berlaku seterusnya?..dalam Kisah Cinta Part-2 la pula ye..penat menaip ni..lenguh jari-jari teman..

4 comments:

Unknown said...

wah!!!suw333t nyer.....tahniah lah yer...

hajar said...

ceh.. huh, budget cerita korea la tu. :p

Fnd Rocka said...

Fuyooh..

notty said...

sara:..celah mana je yang suweett..kalau dia kasi cokolat..suweeett la jugakk..

hajar:..ala..ko memang jeles..aku tau..haha..

fnd:..fuyooh jugak..