Wednesday, November 10, 2010

Kisan Cinta - Part 2

Apa yang berlaku selepas aku dah terima-baca kad dan feel-feel perasan jiwang sekejap?...Semasa aku dah habis baca kad itu..aku ulang lagi baca..then masa aku baca kad itu..ada tertulis D-G-5..tetapi disebabkan font tersebut ada sangat serif-san serif-unik..aku ter‘baca’ lah as D-3-5..ok..aku tau sangat beza G dan 3 tu..tapi nak buat macam manala kan..aku nak juga assume yang aku ni tiada orang minat (rendah diri ini)..dan aku terus call kawan aku Jijah sebabnya malam sebelum kejadian tu..aku ada pergi rumah sewa beliau di D-3-5..saja jalan-jalan cari pasal..then masa tu si Jijah ini kusyuk duk tulis kad raya..so..aku cari pasal la dengan dia..minta kad raya kat dia dan dia kata nak bagi..haha..memang cari pasal la tu kan..(Jijah tu cakap je nak bagi..tapi dia tak bagi-bagi pun..Jijah..ko hutang aku kad raya! Huh!)

Masa call dia..si Jijah ni mati-mati cakap tak kasi aku kad raya..so..aku pon terima jelah yang mungkin memang bukan Jijah kasi kad itu..dan malam itu..aku ada pergi ke rumah Kak Mira, selang 3 rumah dari rumah sewa aku..aku ceritakan pasal perkara ini..masa tu..semua ahli rumah sewa aku dah tau dah pasal terima kad ni dan diorang semua dah baca..rasanyalah..aku pun dah ingat-ingat lupa..

Masa cerita-cerita dengan kak mira pasal isi tulisan kad tu..aku sebut jugak pasal MAM 5312..dan masa aku cakap je nombor ni..terus kak mira cakap.. “tie..rasanya..ni nombor plat motor..dan tak silap kak mira..selalu nampak motor ni ada park kat bawah tangga blok kita”.. “dan..mungkin bukan D-3-5 tie..tapi D-G-5..kalau alamat tu..memang itu rumah sewa pelajar lelaki tie..”.. Dan kak mira bagi cadangan untuk reply kad raya itu..nak pastikan..siapa yang sebenarnya ‘orang rahsia’ tu tuju..pemilik ACR memang seorang aje..tapi kalau pemandu ACR..ramai..dan siapa sebenarnya ‘orang rahsia tu’?...

Lepas 2 hari berfikir..aku pon ambil keputusan nak reply kad raya itu (gatal betul anak dara ini!)..so..aku pon beli kad raya yang sama..dan aku minta tolong Eya, housemateku tuliskan untuk aku..sebab aku rasa macam nervous gila..rasa tulisan tak cantik la…rasa nak ‘terber’ dan ‘terkenc’ dalam kain aje (yang ni rekaan sahaja!)..even masa nak beli kad raya itu pun..berdebar-debar..serius! yang ini tak tipu..dan perkara pasal nak reply kad raya ini..hanya aku dan Eya aje yang tahu..lepas dah siap tulis..terpikir..ala, macam mana nak reply kad ni?..sebelum tu, aku dah cari dan jumpa motor tersebut..sebuah motor warna hitam strip putih jenis Yamaha 125Z..fikir-fikir elokla letak dalam raga motor dia..tapi sangatla tidak berani aku nak bertindak sedemikian rupa (wah ayat..melayu moden ke ni?..)..sebabnya?..motor tu ‘orang rahsia’ tak park kat tempat biasa dia park..kali ini dia park betul-betul depan pintu rumah dia..dan sekali lagi minta tolong Eya letakkan..nasib baik Eya tu sporting nak habis..aku plak masih dalam kereta kat tempat parking depan blok rumah sewa tu..nak bagitau..rumah D-G-5 ni rumah dia bersebelahan dengan lorong-laluan menuju ke tangga yang aku biasa guna untuk naik ke rumah sewa aku la..

Masa aku dalam kereta duk perhati Eya nak pergi letak tu..tiba-tiba aku tengok Eya terus menuju ke tangga rumah pula..aku pelik..bila masa Eya letak..apesal aku tak nampak?..dah aku pula tengah pening-pening..nak keluar kereta ke macam mana..apesal Eya terus naik tangga ni..tak sampai 2 minit..tengok Eya turun balik bersama ngn buku yang dia selit kad dalam tu..Eya masuk kereta..terus bagitau tak sempat nak letak..ada orang buka pintu rumah ‘orang rahsia’ tu tinggal..dan lagi satu Eya bagitau..motor MAM 5312 tu..tiada raga motor..macam mana nak letak dalam tu..ok..aku dan Eya berkeputusan keluar kereta dan balik rumah..
Kat rumah aku pikir lagi..macam mana nak buat?..nak letak mana kad tu?..supaya ‘orang rahsia’ tu boleh jumpa..mula-mula pikir nak letak dalam peti surat tapi rasanya macam dia takkan nampak je..nak pula dia ni jenis tak buka-buka peti surat tu..hurm (kira dalam hati aku ni mengharap agar dia terima kad ni..<--apa perasaaan aku masa ni yer?..)..tapi aku juga tak mengharap orang yang dituju tu aku..kena dia tuju kat orang lain..aku jelah perasan sorang-sorang..

Malam yang sama..aku tak pergi terawih sebab ada majlis berbuka puasa satu kelas..dan semua orang akan berkumpul selepas maghrib..sebelum turun untuk pergi berkumpul, aku jumpa kak mira untuk bagitau pasal kad aku nak reply ni..kak mira suggest letak dalam peti surat..emm aku nekad la letak dalam peti surat jelah..lepas tu tawakkal..dia terima atau tidak tu nasibla..Lepas letak kad tu..aku usha kiri kanan..dan aku pastikan tiada orang nampak kecuali kak mira la yang ada teman aku masa tu..masa aku letak tu..aku tak masukkan habis kad tu ke dalam..aku keluarkan sikit kat lubang peti surat tu..dan nasib juga la kalau orang lain yang ambil..dalam pukul 10 / 11 lebih malam tu(aku lupa tapi lewat malam juga la)..aku dah balik rumah dan aku happy sebabnya masa nak naik tangga tu..aku singgah kat peti surat aku aku..pergi check..konon-konon ada apa-apa la kan..padahal aku nak usha peti surat D-G-5..nak tengok kad aku masih ada ke tiada…KAD TU TIADA!..MEAN DAH ADA ORANG AMBIL LA!!..

……apa yang akan berlaku selepas itu?..siapakah ‘orang rahsia’ itu?..siapakah yang dituju oleh ‘orang rahsia’ ?..(BUDGET NAK BUAT SURPRISE KONON!! MACAM HAREEEMMM JAH..HUH!!)………..sambungan Kisah Cinta Part 3….

*PERINGATAN!! : Cerita cinta melayu ini agak meleret-leret..jadi untuk tatapan dan bacaan sesiapa yang rajin nak baca..siapa yang kurang atau malas membaca..tak payah baca la..dan lagi satu..cerita ini ditulis untuk tatapan hari TUA penulis..supaya jadi ingatan pada dia..kut2 la suatu masa depan nanti..hati, mata, jiwa penulis ni terpesong kea rah lelaki/jantan lain!..hahaha..apakah? (buat-buat keliru)

**lagi satu..kalau ada salah eja ke atau ayat macam 'belit-belit' ke..buat-buat faham dan betul jelah yerr..

4 comments:

hajar said...

haha. aku dapat bayangkan muka ya macam mana bila nak letak ada orang rumah tu kat situ. haha. kau faham ke ayat bm aku ni? :p

athira jamil~ said...

hehe..ja, ko jgn gelak ja..tp mmg aku secara spontan nye naek tangga terus sbb time aku nak letak tu ade org bukak pintu..haha..mmg la moto MAM tu takde rage tp aku pk2 mcm nak cari2 kat mane leh selit kat moto die tu..hehe..tp tak sempat.kihkih.

nowa said...

eya.. aku mmg dapat bayangkan muka poyo kau nak cover line. ahahaha.. rindu lah nak jojet dgn korang!

GlittersSara said...

coi !!aku hutang kad raya ngn ko tee..taun bila plak aku nak bayar hutang nih..kira settle jer lah t k...