Tuesday, November 2, 2010

Bila lama tak jumpa..macam nilah jadinya..

Baru je lepas waktu isyak tadi..aku call pak ngah hamid..sepupu arwah ayah aku..pak ngah hamid ni..wajah dia..bentuk badan dia..warna kulit dia..cara cakap dia..amatla seiras dengan arwah ayah aku…dan petang tadi..pak long suruh anak dia..send kat aku no phone pak ngah hamid..pak ngah aku ni menetap kat selayang..asal perak..arwah ayah aku orang perak ye..diorang tersangat-sangatla rapat..siapa-siapa yang tengok mereka dulu semua kata derang kembar..huhu..umur pon lebih kurang sebaya..

Tadi masa bercakap dalam phone..borak…borak..cerita itu..cerita ini..aku last jumpa pak ngah 7 years ago..masa aku tingkatan 5..aku masuk satu pertandingan kat UIA, Gombak..masa tu arwah ayah aku call pak ngah..bagitau aku ada kat sana..jadi pak ngah aku datang jumpa..sepatutnya nak ajak pergi keluar makan-makan tapi aku plak tak boleh..jadi dia bagi aku duit belanja je..betapa rapatnya dia dengan arwah ayah aku..sampai aku sendiri pon dia anggap macam anak dia sendiri..tapi itu dulu..itu semua masa arwah ayah aku ada lagi..tetapi sejak arwah dah meninggal..ramai yang dah lost contact..

Sebab apa aku call pak ngah?..sebabnya nak menjemput datang kenduri raya haji nantila kan..maklumla..nak ajak datang hari-hari biasa..macam pelik la kan..kalu dekat sekangkang kera je bolehla buat gitu..semasa mengajak tu, rupa-rupanya pak ngah aku ni dah tau..saudara-mara kat perak dah bagitau awal-awal..dia cuma menunggu jemputan dari aku rupanya..tapi nak habis bercakap tu..pak ngah aku bagi nasihat kat aku sambil nangis-nangis..gila serius dengan aku-aku pon nangis…bayangkan seorang lelaki berumur 50 lebih memberi nasihat sambil menangis-nangis..dah aku yang memang berjiwa lembut sensitif ni..memang sah-sah akan menitik air mata tau..
.
.
.
Risau..jangan nanti majlis berendam air mata..yelah..lama tu tak jumpa sedara-mara yang jauh-jauh ni..tapi satu je aku suka dengan family perak belah arwah ayah aku ni..walaupon status tu jauh..mean status bukan adik beradik..bukan sepupu sepapat..tapi just saudara jauh..tapi bila diperkenalkan masing-masing tu macam rapat jer..macam adik beradik je hubungan tu..mesra sangat..aku sangat suka..huhu..

sekian..

No comments: