Tuesday, November 2, 2010

Kisah 2 November

Sekitar jam 10.00 pagi de hadapan Pejabat Agama Islam jajahan Bachok..pergi depan kaunter…

“kak..borang saya hantar petang semalam macam mana yer..yang nak dapatkan pengesahan untuk berkahwin tu..dan kak minta lampirkan sekali dengan surat kematian arwah ayah untuk sahkan adik jadi wali tu…ni salinan sijil kematian..2 keping kan..kak cakap datang ambil hari ni?”
“oh..ok..tapi adik takleh amik lagi..sebab tok kadi tak sahkan lagi..tok kadi tak masuk pejabat lagi..”
Aku tengok jam..10.10 pagi..emm..

“abis..agak-agak bila boleh ambil ye..”

“nantilah dik..dah tok kadi takde ni..”

---------

“macam mana mak?..kita pergi tukar tayar kereta dulula..balik nanti..kita singgah lagi..”
Siap tukar tayar kereta..jam 10.50 pagi..

---------

Di kaunter yang sama..pekerja perempuan yang sama..
“akak..tok kadi dah masuk pejabat ker?..”

“belum la dik…macam nilah..adik amik no pejabat tok kadi ni..sebab akak kat kaunter..kalu telefon nombor ni..kerani kat bilik dia akan jawab..”

-------------

“yong..kita pergi makan kat kantin dulu la..mak lapar la..sambil tu kita tunggu tok kadi dulu..lepas ni kita telefon dulu..kalau, dia takde lagi..kita baliklah”..

Sedang makan…pekerja kantin datang kira..”kira jap yer..ada orang nak bayarkan ni..rezeki ni..jangan tolak ”

Aku dan mak saling pandang satu sama lain..terus makan sampai habis..

Dah habis makan tu..pekerja kantin atau owner mungkin datang borak-borak sambil nak kemas meja kami..”dari mana ni?..ada urusan apa?..”

Mak menjawab dan mak tanya kat lelaki itu.. “Siapa yang tolong bayarkan makanan kita orang tadi..” lelaki tu jawab.. “oo..lelaki tu kontraktor..memang selalu macam tu..kalau dia datang kantin ni..dia akan bayarkan semua pelanggan yang makan kat kedai tu..baik orangnya..”

----------

Kembali depan kaunter..telefon pejabat tok kadi..dan masih tidak datang..dan kerani dia pun tidak tahu tok kadi ke mana..so, ambil keputusan balik rumahla…


Moral story:..penat aku tunggu tok kadi ni..apesal susah sangat..bila nak masuk office la…setakat dia tandatangan..cop dan sahkan..itu aja..tiada apa-apa temuduga seperti bakal suami ku kena di negeri Johor..spesifik..daerah batu pahat…lagi satu..semasa hantar borang tu semalam..derang charge RM12.00..untuk proses apa tak tahulah..sebelum tu..ambil borang dh bayar RM1…emm, semua perlukan duit kan sekarang ni..nak kencing berak pon kena bayar..huhu..

4 comments:

Mag said...

huhuhu..tu lah..seme duit loni.tp xpo. at least rezeki hari tu makan free=p

notty said...

hehe..tulah magh..rezeki kan..kire apa yg aku n mak aku makan tu..sma harga yang aku bayar borang..hahaha..

Fnd Rocka said...

Macho gila kontraktor tu!

notty said...

macho gakla..masih muda..siapa-siapa yang tengah nak cari calon suami..boleh la tu..itupon kalau sanggup bermadu la..